Thursday, December 29, 2011

Kerajaan dan Rakyatnya

saya pernah berbicara kepada rakan saya bahawa kerajaan yang memerintah mencerminkan kerenah rakyatnya. Bagaimana kerajaannya bertabiat, begitu juga lah rakyatnya. Keadaan ini seolah mengambarkan betapa rakyat kini pun turut korup di dalam menjalankan gerak kerja harian mereka. Mereka menerima norma korupsi adalah merupakan norma pemimpin dan kuasa atau mereka yang berkuasa. Sama ada mereka adalah politikus atau pun pegawai kerajaan.

Namun selepas pembacaan buku Memoir Perjuangan Syed Husin Ali, saya mendapati SHA sering mengambarkan masyarakat Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbentuk feudalnya dan budaya atau suasana feudalnya masih tebal. keadaan ini juga digambarkan dengan rakyat masih merasakan Sultan itu tidak silap ataupun maksum seakannya. Saya bukan ingin menafikan ketuanan Sultan Melayu cuma ingin menekankan bentuk masyarakat feudal masih tebal di kalangan rakyat Malaysia.

Apakah perkaitan feudalism ini dan rakyat Malaysia? Budaya ini membentuk tabiat rakyat Malaysia terutamanya Melayu di dalam corak mereka mengundi atau memilih Kerajaan yang memerintah.

masyarakat feudal melihat pemerintah diberikan kuasa untuk memerintah bukan daripada rakyat akan tetapi dari Tuhan. Ini adalah suatu corak yang sama berlaku disemua bentuk pemerintahan monarki di seluruh dunia. Kuasa Raja/Sultan/Maharaja adalah daripada Tuhan atau kuasa yang Maha Besar yang mengawal seluruh alam semesta ini.

Oleh itu, masyarakat Melayu terutamanya melihat UMNO sebagai bangsawan generasi baru. Malah corak pemerintahan juga bersifat 'hereditary'. Jika anda adalah anak politikus yang besar anda berpeluang untuk menjadi politikus jika anda mahu. Perkara ini berlaku pada PM kita sekarang, Menteri KDN, Timbalan Menteri MITI dan sebagainya. Semua ini bercorak feudalistik.

Oleh itu, masyarakat melayu yang masih terperangkap dengan minda feudal ini masih merasakan UMNO adalah pemilik negara ini. Oleh itu jika pemerintahan ini diserahkan kepada parti lain maka Malaysia ini atau secara spesifiknya Melayu akan tidak terbela. Mereka akan tergadai tanah mereka. Ini juga disumbangkan oleh kejayaan media massa kawalan UMNO untuk terus menakut-nakutkan Melayu.

Perkara ini jelas kelihatan di kalangan rakan-rakan saya sendiri yang kononnya terpelajar namun masih dibelenggu oleh momokan UMNO ini. Mereka masih merasakan bahawa Melayu akan dikhianati jika negara ini diperintah oleh golongan yang bukan dari UMNO. Sekali lagi akibat terbiasa dengan apa yang ada, manusia sukar untuk mencuba sesuatu yang baru akibat TAKUT.

TAKUT kepada sesuatu yang tidak pasti. Sedangkan ketakutan itu belum tentu nyata.

Kini negara berada di persimpangan. Angin perubahan sudah semakin kencang. Walaupun ramai yang masih skeptikal akan kemampuan PR untuk menerajuui negara ini. Namun PR akan menambahkan bilangan negeri di bawah kawalan mereka pada PRU yang akan datang. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor akan kekal berada di bawah PR. Kerusi PR Selangor akan bertambah. Perak juga akan kembali kepada PR, kali ini dengan pertambahan kerusi yang lebih kukuh. Ini bermaksud rampasan kuasa yang berlaku selepas PRU-12 tidak akan berulang lagi.

Negeri Sembilan atau Melaka mungkin akan jatuh. Saya terpaksa menghormati kelebihan KM Melaka yang begitu rajin berkhidmat kepada rakyat. Melaka ini PR akan menghadapi ujian yang getir, malah mungkin akan berlaku kerusi yang 50-50.

Negeri Johor juga akan ditembusi. Sayang, susah untuk diperkatakan perkara yang sama di Borneo Utara. Kita tunggu dan lihat.

Apa pun perubahan akibat pendidikan dan internet, UMNO sepatutnya sudah bersedia untuk menghadapi kekalahan. Mereka tidak akan berubah selagi mereka berkuasa. Mereka hanya akan berubah bila mana mereka merasai peritnya menjadi pembangkang di negara ini.

Generasi yang hidup kini semua bukan generasi feudal. Mereka juga kurang merasa bersyukur atau berasa terima kasih kepada kerajaan. Mereka merasakan kerajaan sepatutnya berterima kasih kepada mereka kerana memberikan BN kuasa. Mereka kurang mendapat bantuan kerajaan kerana bersaingan dengan menggunakan kudrat mereka sendiri. Biasiswa sudah tiada lagi, mereka meminjam yang mana mereka perlu membayarkannya kembali. Mereka tidak berhutang kepada kerajaan.

Mereka kini ramainya pembayar cukai. Dulu ramai melayu tidak layak membayar cukai. Kini kerajaan bergantung kepada mereka dan bukan sebaliknya. Kerajaan perlu mendengar permintaan mereka dan bukan sebaliknya.

masyarakat feudal sudah semakin pupus dan perubahan kerajaan adalah bukti terakhir kepupusan itu.

No comments: