Malam itu sejurus sahaja selesai aku menunaikan solat Isya' berjemaah bersama dengan isteriku, aku terus masuk tidur. Entah mengapa aku terasa begitu mengantuk dan berat mata. Mungkin keletihan akibat dipejabat. Tambahan pula pada hujung tahun memang merupakan masa yang sibuk bagi bahagian yang menguruskan kewangan.
Entah, kenapa pada jam 3 pagi aku dikejutkan apabila aku terasa isteriku merapatkan tubuhnya kepada ku. Aku membuka mata dan bertanya, "Kenapa?". "Ayang tidak boleh nak tidurlah, bi."
Aku terus menjawap, "Takpe, Habi ada sini, tidurlah."
Aku tidak pasti sama ada sejurus aku melelapkan mataku atau setelah beberapa detik, aku tiba-tiba ternampak kelibat dua lembaga. Satu lembaga hitam yang diam berdiri memerhatikan aku dipintu bilik dan satu lagi lembaga putih yang mundar-mandir berdekatan dengan bucu katil.
Aku tidak pasti apa yang aku lihat tapi hatiku yakin menyatakan yang mana dua lembaga tersebut adalah syaitan yang menganggu tidur isteriku. Entah keberanian dari mana; aku bingkas bangun dan berkata kepada lembaga-lembaga itu, "Berambus, Syaitan! Jangan diganggu kami!". Aku terus terjaga. Isteriku masih gelisah disisiku.
Aku terus membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan iringi dengan 3 kul. Selesai dibaca aku hembuskan ditangan dan mengusap kepalaku dan kemudian isteriku. Tidurku selepas itu lena hingga ke pagi.
Selesai solat Subuh dengan isteriku, aku menceritakan kejadian yang aku hadapi semalam. Mujur aku tidak menceritakan kepadanya dari malam semalam. Aku pasti dia akan ketakutan selepas itu.
Isteriku menyatakan yang malam semalam sebenarnya hujan turun dengan sebegitu lebat. Kehadiran dua lembaga itu mungkin kerana ia berteduh dari hujan lebat atau mungkin dihantar orang. Apa yang pasti aku berasa bersyukur; isteriku rajin mengamalkan Ayat-ayat Manzil. Alhamdulillah, Allah lagi berkuasa melindungi dia daripadaku.
Ya Allah lindungilah kami sekeluarga. Amin...
Monday, November 24, 2008
Tuesday, November 11, 2008
Zikrul Maut
Setiap kali aku memikirkan tentang kematianku, aku menjadi lemah dan berputus asa. Bagaimana mungkin aku dapat melepasinya dengan mudah. Hidupku bergelumang dosa. Aku rasa tidak pernah hari-hariku berlalu tanpa dosa.
Dosa mata; aku gemar melihat yang haram. Ya, aku mengaku mataku pantang melihat kelibat perempuan, pasti mataku akan melirik melihat. Tambahan pula memang jenis yang aku minat. Ah! kekadang tu yang bukan jenis yang aku minat pun aku tengok juga. Tambah pula kalau aku berjalan di tengah-tengah KL, pastinya petang itu, imanku cair sekali. Mataku pantang melihat gadis-gadis muda. Sekarang ni tau sajalah, pakaian diorang ni. Aduh, mau tak luruh iman aku. Perempuan memang lah, kalau baca entry aku ni, mau diorang cop aku ni gatal. Blah lah, korang apa tau, korang bukan lelaki. Kalau korang jadi lelaki korang tau apa yang aku rasa.
Pada kala aku tengah berjalan-jalan di KL, jika, JIKA hatiku mengingatkan aku tentang gelojak api neraka; terus aku memalingkan muka ku. Kalau tak memang tidak berpaling lah aku...
Aku mengaku; aku lelaki tetapi itu bukan alasan untuk berbuat dosa. Ya Allah, adakah mataku ini bakal dibakar oleh api neraka Mu? Aku mengaku aku lemah. Moga Allah mengampuni dosa mataku.
Dosa mulut; Ini memang dosa favret ramai orang termasuk aku. Aku ni kalau bab mengata orang; Fuh! Memang terer. Walau pun selalu juga aku ingatkan diriku yang manusia memang tidak sempurna. Mesti ada keburukan termasuklah aku. So, belajar lah menerima keburukan orang lain. Insya-Allah, orang lain pun akan menerima keburukan kita dan sentiasa nampak kebaikan kita.
Ya, manusia memang tidak sempurna.
Dosa telinga; dah bila mulut mengata, pasti telinga pun akan mendengar kataan dari teman mengata. Aduh, telinga nih pun satu hal. Suka mendengar kataan. Pantang kalau yang buruk tu lah yang nak dengar. Padahal belum tentu betul. Ai... telinga-telinga.
Dosa tangan, bila berbuat kejahatan dengan tangan. Aku masih ingat lagi insiden aku mencuri RM5 dari seorang kawan masa aku sekolah menengah dulu. Masa tu; entah kenapa? Aku pun masih musykil. kenapa aku curi duit kawan aku tu. Padahal, dok sekolah asrama bukan tak disediakan makan! Apalah aku nih.
Aku pernah terserempak dengan kawan aku tu, beberapa tahun lepas. terlintas aku nak bayar. Tapi entah mengapa aku rasa macam malu pulak. Pasal, aku risau member yang lain akan cop aku ni, kaki mencuri. Kot-kot aku ada mencuri duit diorang yang lain. Sumpah takde. Itulah satu-satu kalinya aku mencuri dalam hidup aku. (Janganlah kira curi tulang, mencuri masa...)
Ya, Allah ampunkan aku. Insya-Allah, kalau aku jumpa member tu, aku akan bayar balik RM5 dia. Kalau takde duit, aku akan pinjam dengan orang lain. Janji aku bayar duit tu balik.
Dosa kaki, dosa ni, dosa pergi ke kelab malam? Alhamdulillah, setakat ni tak pernah pergi lah, setakat lalu je. Pasal nak pergi tempat lain yang kebetulan kena lalu tepi kelab malam tu. Itu pun naik mengigil aku. Yelah, mana pernah gi kelab malam. Tengok semua orang terkinja-kinja tengah-tengah dance floor tu. Takut aku.
Dosa hati? Aku pernah sakit hati dengan seorang insan. Alhamdulillah, aku pernah jumpa dengan dia dan mintak maaf. Masa aku matriks dulu, dia memang public enemy no.1 aku. Sebab dia, dia malukan aku depan gadis idaman aku. Aku ni ada kelemahan skit. PANTANG NO. 1: DIMALUKAN DI KHALAYAK RAMAI. OOO.. pantang. Aku paling tak suka. Itu pasal aku paling tak suka memalukan orang depan khalayak ramai. Dah la tu depan gadis pujaan aku lak tu! LAGI LAH!!
Bila dia malukan aku, sejak dari hari tu, setiap apa perbuatan dia aku akan cari cara menyakitkan hati dia. Aku hasut orang lain untuk bermusuhan dengan dia. Apa sahaja yang dia buat, buruk di mataku. Itulah penyakit hati.
Aku sudah berjumpa dengan dia dan meminta maaf. Ya, memang aku akui aku ni, kalau dah BENCI, sampai ke negeri kelahiran kau pun aku ANTI. Tapi kebencian ni, racun dalam tubuh. Dia akan membunuh kita dengan perlahan tanpa kita sedari. Last-last yang sakit adalah aku. Aku dah tak mau dah nak sakit-sakit hati dah kat orang. Buat menyakitkan hati aku je.
Bagi aku, biarlah tuhan je yang balas, kalau ada orang yang menyakitkan hati aku. Pasal pembalasan aku cuma kat dunia je. Tuhan; sampai akhirat, beb!! Fuh! Lagi lah depan sekalian manusia akan dimalukan. Aduh!! Lagi malu!!
Sekian kali bebelan aku petang ni. Nak balik...

Subscribe to:
Posts (Atom)