Monday, November 24, 2008

Gangguan

Malam itu sejurus sahaja selesai aku menunaikan solat Isya' berjemaah bersama dengan isteriku, aku terus masuk tidur. Entah mengapa aku terasa begitu mengantuk dan berat mata. Mungkin keletihan akibat dipejabat. Tambahan pula pada hujung tahun memang merupakan masa yang sibuk bagi bahagian yang menguruskan kewangan.

Entah, kenapa pada jam 3 pagi aku dikejutkan apabila aku terasa isteriku merapatkan tubuhnya kepada ku. Aku membuka mata dan bertanya, "Kenapa?". "Ayang tidak boleh nak tidurlah, bi."

Aku terus menjawap, "Takpe, Habi ada sini, tidurlah."

Aku tidak pasti sama ada sejurus aku melelapkan mataku atau setelah beberapa detik, aku tiba-tiba ternampak kelibat dua lembaga. Satu lembaga hitam yang diam berdiri memerhatikan aku dipintu bilik dan satu lagi lembaga putih yang mundar-mandir berdekatan dengan bucu katil.

Aku tidak pasti apa yang aku lihat tapi hatiku yakin menyatakan yang mana dua lembaga tersebut adalah syaitan yang menganggu tidur isteriku. Entah keberanian dari mana; aku bingkas bangun dan berkata kepada lembaga-lembaga itu, "Berambus, Syaitan! Jangan diganggu kami!". Aku terus terjaga. Isteriku masih gelisah disisiku.

Aku terus membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan iringi dengan 3 kul. Selesai dibaca aku hembuskan ditangan dan mengusap kepalaku dan kemudian isteriku. Tidurku selepas itu lena hingga ke pagi.

Selesai solat Subuh dengan isteriku, aku menceritakan kejadian yang aku hadapi semalam. Mujur aku tidak menceritakan kepadanya dari malam semalam. Aku pasti dia akan ketakutan selepas itu.

Isteriku menyatakan yang malam semalam sebenarnya hujan turun dengan sebegitu lebat. Kehadiran dua lembaga itu mungkin kerana ia berteduh dari hujan lebat atau mungkin dihantar orang. Apa yang pasti aku berasa bersyukur; isteriku rajin mengamalkan Ayat-ayat Manzil. Alhamdulillah, Allah lagi berkuasa melindungi dia daripadaku.

Ya Allah lindungilah kami sekeluarga. Amin...

No comments: