Friday, January 8, 2016

Selawat Suthon Tidak Sebanyak 100,000

Saya diberikan sesalin selawat Sulthon yang mana jika dibacakan sekali bersamaan dengan membaca selawat sebanyak 100,00 kali. Jumlah ini adalah kerana jika diteliti bacaannya antara selawat dan salam ke atas Muhammad SAW sebanyak bintang di langit. Ayat ini menyebabkan jumlah selawat ini menjadi sangat banyak dengan sekali bacaan.

Saya rasa orang yang menyatakan demikian tidak menyedari betapa salahnya beliau. Saya ingin mengambil hanya beberapa ayat di dalam selawat tersebut. Untuk memperlihatkan kesilapan beliau betapa jumlah selawat dan salam selawat ini bukan lah 100,000 kali.

Kita tengok ayat "Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda sebanyak bintang di langit".

Sebanyak bintang di langit. Jumlah bintang yang dapat dilihat di mata kasar manusia SAHAJA adalah lebih banyak dari jumlah butiran pasir di padang pasir sahara! Jumlah butiran pasir padang pasir sahara adalah diagarkan sebanyak 8x10 kuasa 27. Itu adalah 8 yang diikuti oleh sifar sebanyak 27 kali. (8,000,000,000,000,000,000,000,000,000)

Saya inginkan anda jumlah itu adalah jumlah bintang yang dapat dilihat oleh mata kasar dan satelit Hubble. Itu baru sebahagian daripada jumlah bintang yang dapat dilihat di dalam galaksi kita sahaja. Hubble juga dapat melihat beberapa galaksi yang berdekatan dengan galaksi kita. Bayangkan jumlah bintang di dalam galaksi itu pulak? Dan suka diingatkan jumlah galaksi yang dapat dilihat oleh satelit hubble adalah sebanyak 10,000! Kalau kita menganggap setiap galaksi mempunyai jumlah bintang yang lebih kurang sama seperti galaksi kita, jumlah bintang di langit yang dapat dilihat oleh satelit hubble adalah sebanyak 8 diikuti oleh sifar sebanyak 31 kali!!

Suka juga diingatkan ada di kalangan galaksi tersebut adalah lebih besar daripada galaksi kita yang pastinya jumlah bintang di galaksi tersebut adalah lebih banyak daripada jumlah bintang di dalam galaksi kita.

Ini bermakna pembacaan selawat ini sekali bersamaan dengan jumlah yang ... entahlah saya pun buntu dengan jumlah nombor yang ia wakili. Selepas beberapa ketika saya teringatkan satu nombor yang sangat besar yang mungkin boleh mewakili jumlah selawat untuk setiap kali ia dibacakan, iaitu Googolplex. Ia adalah satu nombor yang diwakili oleh 100 sifar. Sehingga kini para saintis tidak dapat mencari sesuatu benda yang berupa fizikal untuk diwakili oleh nombor ini. Setakat ini semua jumlah partikel asas yang wujud di dalam alam ini dianggarkan sebanyak 1 yang diikuti oleh sifar sebanyak 80 kali.

Oleh itu bila dikatakan selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita Muhammad SAW sebanyak bintang di langit jumlahnya bukan sebanyak 100,000. Ia adalah satu nombor yang sangat-sangat besar! Oh! Ya, satu lagi baris selawat Sulthon adalah sebanyak Ciptaan Allah! Mungkin kita perlu menamakan ia kembali sebagai selawat Googolpleks.