Monday, July 15, 2013

Konsep Kepunyaan

Entah kenapa aku sering berfikir tentang ajal. Orang kata zikr maut ni bagus. aku setuju. Semasa di dalam perjalanan ke KK, aku terfikir apakah aku sedia untuk mati? Pada kala itu aku sedar yang aku belum bersedia untuk mati. Aku cuba mencari sebabnya, bukan kerana aku ada banyak bebanan tanggungan, namun aku belum bersedia untuk berjumpa dengan Allah. Lebih kepada persoalan;adakah aku cukup baik. Ketika itu juga aku rasakan yang apa sahaja yang aku punyai tidak berharga lagi. Bayangkan kau sudah sikit lagi mahu mati, kereta, isteri, anak-anak, rumah, wang, pangkat, sudah tiada erti lagi. Pada ketika itu semuanya tidak mampu menahan maut kala ia datang. Aku teringat pernah ada orang mengatakan pada aku bahawa harta dunia ini bukan milik kita. ia adalah pinjaman dan bakal dipulangkan kembalikan kepada pemilik mutlaknya; Allah. Kita penjaga amanah, diberikan tanggungjawap untuk menjaga ia seperti ia adalah harta kita. maka kita sepatutnya lega bila ia di ambil kembali dari kita. kita boleh bersedih kerana sebagai manusia biasa kita pasti berasa sedih kerana kita telah setia menjaganya semasa kita hidup. Nah, bila ia diambil dari kita, tanggungjawap kita sudah selesai. kita tidak akan di tanya lagi akan keadaan harta kita itu lagi! Penyataan bahawa harta yang ada bukan harta kita bukan bermaksud kita tidak perlu menjaganya dengan sebaiknya. Malah ia adalah suatu kelebihan kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk menjaganya. Namun bila mana ia diambil kembali, kita perlu sedar tanggungjawap kita terhadap barangan itu sudah berakhir. Indah sungguh ilham di bulan ramadhan.